Hj Zakaria Clan

Blog Rasmi Badan Kebajikan Keluarga Hj. Zakaria

  • Terima kasih kerana melawat blog rasmi Badan Kebajikan Keluarga Hj. Zakaria. Segala informasi dan maklumat2 semasa berkenaan Badan ini akan dimuatkan di dalam blog ini. Semoga dengan penghasilan blog ini akan sedikit sebanyak membantu dalam mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan diantara ahli2.

Tanjung Besar Weight Management!!!!

Posted by Orang E On 2:31 AM 0 comments


Sempena dengan balik raya cina pada awal bulan 2 yg lepas2. badan telah mengadakan pertandingan mereka logo badan. sbyk 16 penyertaan telah di terima. logo yg telah memenangi pertandingan tersebut boleh la di lihat di post yg sebelumnya dan di group badan kebajikan keluarga haji zakaria di fesbuk.

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1829401130131&id=1093410424&ref=notif&notif_t=feed_comment#!/home.php?sk=group_123118787752000&ap=1
jika anda suka apa yg anda lihat.sila tekan like.hehe :D

pada hari tersebut juga, telah diwujudkan satu pertandingan baru yg julung2 kali diadakan didalam badan kita. dengan niat tulus ikhlas utk mewujudkan ahli badan yg senantiasa menjaga penampilan diri dan kesihatan diri badan kebajikan haji zakaria dengan bangganya mengishtiharkan bermulanya satu pertandingan baru!!!!!

The BKKHZ biggest loser!!!!

petandingan boleh di sertai oleh semua ahli yg berminat.utk menyertai amat mudah, hantarkan berat badan anda yg terkini kepada abg fariz. Pemenang akan dipilih dengan mengambil kira peratusan penurunan berat badan yg terbanyak!!!ingat, peratusan berat badan.bukan berapa kg anda turun. contoh pengiraan:

berat badan asal: 50kg
berat badan selepas penurunan: 40kg
jumlah penurunan berat badan: berat badan asal - berat badan selepas penurunan
50kg - 40 kg = 10 kg


peratusan penurunan berat bdn: (jumlah penurunan berat badan/berat badan asal) x 100
(10/50)x 100 = 20%


*jadi peratusan penurunan adalah 20%..tahniah!!!!!ada paham anak2 sekalian.

berat badan terakhir peserta pertandingn akan diambil pada hari raya aidilfitri pada tahun ini. oleh itu, semua ahli mempunyai masa yg sama selama 6 bulan bagi memastikan anda mampu membawa pulang hadiah yg lumayan dari BKKHZ. Hadiah di bahagikan kepada 2 kategori, lelaki n wanita. Siapakah yg akan menjuarai dan memegang title selaku THE BKKHZ biggest loser. Jom sama2 menyertai pertandingan ini dan kelihatan menarik ala2 model luis vuitton n prada di karpet merah di hari lebaran nanti.

"Renung2kan dan Selamat beramal"

Family day port dickson

Posted by ezran zainal On 3:36 AM 3 comments



Ni gambar masa family day port Dickson 10.12.2010. Gabar yg diupload ini besar, jd sesiapa yg ingin mendownload gambar ni, klik je pada gambar diatas, tunggu gmbar jadi besar, right clik dan safe pada komputer anda. Sungguh mudah seperti 123...haha

Logo BKKHZ

Posted by ezran zainal On 2:47 AM 0 comments



Dengan ini secara resminya diumumkan bahawasanya logo diatas merupakan logo rasmi BKKHZ.
Berikut merupakan penerangan Logo BKKHZ.

1. Motif dua bentuk segi empat bertindih
diinspirasikan dari motif ukiran yang popular
dalam sejarah kesenian dan
tamadun Islam memberi makna setiap
ahli keluarga perlu berpegang teguh
kepada ajaran Islam.

2. 8 bucu segitiga mewakili 8 keluarga
utama dalam badan:
1 bucu dipuncak mewakili nenda,
Hj. Zakaria & Hjh. Siti Rakiah, 7 bucu
berikutnya mewakili setiap keluarga
bermula dari Pak Long, Mak Ngah,
Mak Uda, Pak Itam, Pak Teh,
Andak & Achik.

3. Warna hitam & putih melambangkan
negeri Pahang.

4. Warna merah melambangkan hubungan
dan pertalian darah setiap ahli keluarga
yang tidah akan putus.

Gambar dibawah pula adalah penerangan bagi corak didalam logo tersebut.



Moh kite bersama-sama memeriahkan badan ini disamping melangsingkan badan anda (due-date: aidilfitri..hohoho)

MOH KITE!!!

Tahniah!!!

Posted by ezran zainal On 11:09 PM 0 comments

Dengan berakhirnya pertandingan mencipta logo Badan Kebajikan Keluarga Haji Zakaria, maka dengan rasminya logo yang direka khas oleh Abang Fariz telah dipilih untuk menjadi logo rasmi badan ini yang diundi secara demokrasi. Tahniah diucapkan kepada Abang Fariz. Kepada yang kurang undinya, jangan berputus asa, anda juga adalah pemenang kerana telah memeriahkan pertandingan mencipta logo ini dan mungkin idea anda itu amat berguna untuk kelangsungan badan ini. Jadi, logo tersebut akan diupload dalam masa terdekat. Jadi, Tunggu!!!.



Tiada gambar sechatik lukisan