Hj Zakaria Clan

Blog Rasmi Badan Kebajikan Keluarga Hj. Zakaria

  • Terima kasih kerana melawat blog rasmi Badan Kebajikan Keluarga Hj. Zakaria. Segala informasi dan maklumat2 semasa berkenaan Badan ini akan dimuatkan di dalam blog ini. Semoga dengan penghasilan blog ini akan sedikit sebanyak membantu dalam mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan diantara ahli2.

Family day port dickson

Posted by ezran zainal On 3:36 AM 3 comments



Ni gambar masa family day port Dickson 10.12.2010. Gabar yg diupload ini besar, jd sesiapa yg ingin mendownload gambar ni, klik je pada gambar diatas, tunggu gmbar jadi besar, right clik dan safe pada komputer anda. Sungguh mudah seperti 123...haha

Logo BKKHZ

Posted by ezran zainal On 2:47 AM 0 comments



Dengan ini secara resminya diumumkan bahawasanya logo diatas merupakan logo rasmi BKKHZ.
Berikut merupakan penerangan Logo BKKHZ.

1. Motif dua bentuk segi empat bertindih
diinspirasikan dari motif ukiran yang popular
dalam sejarah kesenian dan
tamadun Islam memberi makna setiap
ahli keluarga perlu berpegang teguh
kepada ajaran Islam.

2. 8 bucu segitiga mewakili 8 keluarga
utama dalam badan:
1 bucu dipuncak mewakili nenda,
Hj. Zakaria & Hjh. Siti Rakiah, 7 bucu
berikutnya mewakili setiap keluarga
bermula dari Pak Long, Mak Ngah,
Mak Uda, Pak Itam, Pak Teh,
Andak & Achik.

3. Warna hitam & putih melambangkan
negeri Pahang.

4. Warna merah melambangkan hubungan
dan pertalian darah setiap ahli keluarga
yang tidah akan putus.

Gambar dibawah pula adalah penerangan bagi corak didalam logo tersebut.



Moh kite bersama-sama memeriahkan badan ini disamping melangsingkan badan anda (due-date: aidilfitri..hohoho)

MOH KITE!!!

Tahniah!!!

Posted by ezran zainal On 11:09 PM 0 comments

Dengan berakhirnya pertandingan mencipta logo Badan Kebajikan Keluarga Haji Zakaria, maka dengan rasminya logo yang direka khas oleh Abang Fariz telah dipilih untuk menjadi logo rasmi badan ini yang diundi secara demokrasi. Tahniah diucapkan kepada Abang Fariz. Kepada yang kurang undinya, jangan berputus asa, anda juga adalah pemenang kerana telah memeriahkan pertandingan mencipta logo ini dan mungkin idea anda itu amat berguna untuk kelangsungan badan ini. Jadi, logo tersebut akan diupload dalam masa terdekat. Jadi, Tunggu!!!.



Tiada gambar sechatik lukisan

Pertandingan mencipta logo

Posted by ezran zainal On 8:26 PM 0 comments

Badan Kebajikan Keluarga Haji Zakaria akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo. Bermula pada 18 December 2010 sehingga Raya Cina yang jatoh pada 3 Februari 2011. Logo ini merupakan logo yang akan menjadi identiti badan ini. Jadi terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
1. Warna yang digunakan tidak melebihi 3 jenis warna.
2. Setiap karya perlu disediakan bersama penerangan.
3. Saiz tidak lebih daripada logo jersi baju Long pada malam mesyuarat tersebut (siapa ingat tolong update).
4. Terbuka kepada semua keluarga Haji Zakaria.
5. Karya hendaklah dihantar ketika 3 Februari 2011 (tarikh mungkin berubah-rubah).
6. Sebarang surat-menyurat akan dilayan.

Jadi marilah kita bersama-sama memeriahkan pertandingan ini dengan pelbagai falsafah dan rekaan yang 'berchelih'. Justerunya, JOM REKA

"tiada gambar secantik lukisan" kata P. Ramlee